Jangan Lakukan Perbuatan Merbahaya - Jauhi Bahaya Elektrik
Awasi Keluarga Anda, Elektrik Boleh Membunuh.
JAUHI dari bermain di perkarangan
pencawang elektrik
JANGAN bermain dan menggangu bekalan elektrik
ELAKKAN dari menyentuh talian
yang putus atau apa jua pun benda yang mengalirkan elektrik
ELAKKAN dari menyentuh peralatan elektrik
dengan tangan yang basah.
JANGAN memperbaiki dan mengubahsuai
peralatan elektrik dengan sendiri.
JANGAN lakukan penyambungan elektrik
tanpa pengawasan atau penyeliaan orang dewasa.
JAUHI dari tempat mandi, sinki, peralatan elektrik,
telefon atau sebarang objek yang mempunyai sambungan berlogam dengan kawasan luar rumah.
SESEORANG itu akan selamat jika berada
di dalam kereta dan menutup cermin keretanya.
ELAKKAN dari berada pada aras yang lebih tinggi dari kawasan persekitaran, di tepi pantai dan memancing dari bot yang kecil.
ELAKKAN dari berenang kerana arus elektrik
dari panahan kilat yang berlaku di kawasan perairan
yang berhampiran boleh mengalir melalui air tersebut.
ELAKKAN dari berada di tanah lapang seperti ditengah sawah dan di padang bola.
Tingkatkan Pengetahuan Elektrik Anda.
Kejahilan Anda Akan Membawa Bencana.
Gunakan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Kendalian Arus
Setiap pemasangan elektrik mesti mempunyai Pemutar Litar Bocor Kebuni(PLBK) kendalian arus yang dipasang dipapan suis utama dirumah anda. Ia boleh dilindungi dari renjatan elektrik dan kebakaran.
Kadar PLBK Kendalian Arus:
100mA untuk kegunaan di rumah - rumah.
30 mA khas untuk setiap pasang pemanas air.
Bagaimana memastikan PLBK sentiasa boleh melindungi anda/
Hanya perlu menekan Punat Tekan Uji sekurang - kurangnya sebulan sekali.
Jika ia terpelantik serta menunjukan ia berkeadaan baik.
Jika tidak berhubunglah dengan kontraktor elektrik berdaftar untuk menukarnya.
Penggunaan PLBK Kendalikan Voltan telah dimusnahkan.
Setiap pasang yang menggunakannya mestilah menukarnya
dengan PLBK kendalikan Arus yang mempunyai label keselamatan SIRIM
TUKAR DENGAN SEGERA.
Penggunaan Palam Kuasa 3 Pin Dan 2 Pin
Peralatan yang badan diperbuat daripada logam hendaklah
menggunakan Palam Kuasa 3pin dan wayar 3 teras contohnya
periuk nasi dan seterika.
Bagi meningkatkan keselamatan, gunakan palam kuasa yang pinnya bersalut
Peralatan yang badannya direbuat daripada plastik hanya
memerlukan palam kuasa 2 pin dan wayar 2 teras sahaja,
contohnya pengering rambut dan radio.
Peralatan Elektrik tidak boleh disambung kepada mata lampu -
gunakan mata kuasa yang sesuai.
Menggunakan Peralatan Yang Tidak Sempurna
Palam kuasa dan soket yang telah usang dan pecah adalah merbahaya dan perlu diganti.
Peralatan elektrik yang merbahaya kerana telah pecah.
Jangan menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah yang tidak diluluskan oleh Suruhan Jaya Tenaga atau tanpa label keselamatan SIRIM.
Keselamatan Elektrik Di Musim Banjir Bijak Mengurus,
Nyawa Selamat.
Pastikan peralatan elektrik tidak terkena air ketika anda terpaksa meninggalkan runah di musim banjir.
Jangan gunakan peralatan elektrik yang terkena air.
Ia hndaklah dipastikan selamat oleh orang yang bertauliah sebelum digunakan.
Jangan hampiri tiang atau talian elektrik yang tumbang atau jatuh.
Hubungi segera pihak pembekal elektrik anda.
Jika alat Pemutus Litar Bocor Kebumi (PLBK) terpelantik
semula anda cuba menghidupkannya, dikhuatiri ada
kerosakan pada alat atau pepasangan di rumah anda.
Dapatkan khidmat kontraktor Elektrik berdaftar untuk memeriksa.
Pastikan semua punca kuasa elektrik dimatikan
suis utamanya apabila meninggalkan rumah di waktu banjir.
Selepas banjir berlaku, sebaik - baiknya minta
Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Tenaga untuk melakukan pemeriksaan
bagi memastikan pepasangan di rumah anda selamat.